Monday, January 2, 2012

3 nilai , setuju?

">Salam buat sahabat dan abg2 senior dan akak2 sekelian,
Selawat dan Salam kepada Rasulullah S.A.W dan bersyukur lah kita terpilih untuk menjadi umat kepada Rasullullah S.A.W
agak saya sukai untuk mngulangi maksud krpada sepotong hadith "sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat...." boleh rujuk didalam hadith arbain susunan IMAM ANNAWAWI... Niat? Benar sewaktu permulaan perjanjian kita,kita dikonkritkan hati kita untuk perjuangan ini hanya bagi Allah Taala tujuannya... Tetapi masa berganti masa hari berganti hari minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun benarkah hati kita tidak pernah terusik?? Bukankah amalan doa yg berbunyi " ALLAHUMMA YA MUQALLIBALQULUB THABIT KULU BANA ALA DINNI WA ALA TOATIK" - YA ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN KAN HATI MANUSIA TETAPKAN HATI KAMI DLM AGAMAMU DAN TAAT PADAMU-

Oleh yg demikian ketahuilah hati ini sesuatu yg perlu dijaga lebih halus daripada menjaga sebentuk jarum emas di dalam seguni jarum tembaga....mungkin sahaja hati kita ini bisa terheret kerana manusia nya, pangkatnya atau kemasyhura nya... Oleh itu istighfar dan bariskanlah semula niat anda berlandaskan syariat kepada yg sudah terheret dan istiqamah dan berhati2 lah kepada yg masih terjaga....salah seorang Saudara sy melabelkan para pejuang mestilah berusaha dgn konsep "man jadda wa jada" dlm meletakkan diri kita dlm ciri2 berikut

1- hamba yang hakiki
Baik dlm perjuangan kita , kita dicantikkan oleh kemanisan bekerja bersama , keseronokkan berkenalan serta kesungguhan yg lahir dari diri sendiri dan banyak lagi.... Tapi kadang2 kita terlena dari satu tanggungjawab iaitu menjadi seorang hamba....berjuanglah kita dengan penuh
semangat, menginfaqkan harta dlm tahap maksimum, dan memberanikan diri dlm berkata2 namun satu perkataan telah kita abaikan iaitu kita HAMBA.... Dlm berjuang dengan penuh semangat kadang2 kita lupa semangat itu ALLAH TAALA yg anugerahkan, Infaqlah harta dlm tahap maksimum dlm itu xmenyedari harta tersebut sebenarnya milik ALLAH TAALA, beraninya kita dlm berkata2 sehingga terlupa kelantangan itu satu nikmat dari nikmat2 ALLAH TAALA..maka ayuh kita sedarkan diri kita setiap pergerakan kita 100% dibawah kelulusan ALLAH TAALA moga2 dgn perasaan ini dpt melahirkan dlm diri kita bekerja tanpa rasa HEBAT kerana AKU AKU DAN AKU!!!

2-Daie yg berkualiti
Seorang daie yg berkualiti mestilah tampil dlm pelbagai aspek..dan aspek yg terpenting dlm beribu aspek tersebut Tidak lain dan tidak bukan ASPEK ILMU, daie yg berkualiti mestilah mempunyai semangat yg disusun oleh ilmu, daie yg berkualiti mestilah mempunyai sifat terbuka yg ditutup oleh ilmu dan akhir tapi bukan penghabisan daie yg berkualiti mestilah mempunyai kecaknaan yg dipelopori dengan ilmu..

3-Pejuang yg sejati
Pejuang andai berasa lemah siapa kah sumber kekuatannya?? Pejuang andai berasa gundah siapakah penenangnya?? Tentulah Allah , Rasul , bonda dan ayahanda tercinta serta sahabat2 perjuangan nya.. Pejuang yg sejati mestilah memenuhi nilai tadhiah,ukhwah,sihah, wala serta thiqah yg tinggi untuk menjadi satu ikatan guni untuk dibawa ke medan pertempuran, tanpa persiapan rapi seorang pejuang mudah untuk berundur dan mudah untuk tersungkur , tapi andai ini semua ditekankan tidak mustahil istilah "sejati" dapat digenggami oleh seorang pejuang...

Begitulah pesan dan taujihad yg diberi kepada ana sepanjang 20 jam bersama beliau , semoga kita disini dapat mengambil iktibar dan menjadi daya tekanan untuk kita terus membaiki diri kita ke arah yg lebih baek

"unzur ma kola wala tanzur man kola"

Wassalam alaikum ya zumala"i