Monday, January 2, 2012

3 nilai , setuju?

">Salam buat sahabat dan abg2 senior dan akak2 sekelian,
Selawat dan Salam kepada Rasulullah S.A.W dan bersyukur lah kita terpilih untuk menjadi umat kepada Rasullullah S.A.W
agak saya sukai untuk mngulangi maksud krpada sepotong hadith "sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat...." boleh rujuk didalam hadith arbain susunan IMAM ANNAWAWI... Niat? Benar sewaktu permulaan perjanjian kita,kita dikonkritkan hati kita untuk perjuangan ini hanya bagi Allah Taala tujuannya... Tetapi masa berganti masa hari berganti hari minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun benarkah hati kita tidak pernah terusik?? Bukankah amalan doa yg berbunyi " ALLAHUMMA YA MUQALLIBALQULUB THABIT KULU BANA ALA DINNI WA ALA TOATIK" - YA ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN KAN HATI MANUSIA TETAPKAN HATI KAMI DLM AGAMAMU DAN TAAT PADAMU-

Oleh yg demikian ketahuilah hati ini sesuatu yg perlu dijaga lebih halus daripada menjaga sebentuk jarum emas di dalam seguni jarum tembaga....mungkin sahaja hati kita ini bisa terheret kerana manusia nya, pangkatnya atau kemasyhura nya... Oleh itu istighfar dan bariskanlah semula niat anda berlandaskan syariat kepada yg sudah terheret dan istiqamah dan berhati2 lah kepada yg masih terjaga....salah seorang Saudara sy melabelkan para pejuang mestilah berusaha dgn konsep "man jadda wa jada" dlm meletakkan diri kita dlm ciri2 berikut

1- hamba yang hakiki
Baik dlm perjuangan kita , kita dicantikkan oleh kemanisan bekerja bersama , keseronokkan berkenalan serta kesungguhan yg lahir dari diri sendiri dan banyak lagi.... Tapi kadang2 kita terlena dari satu tanggungjawab iaitu menjadi seorang hamba....berjuanglah kita dengan penuh
semangat, menginfaqkan harta dlm tahap maksimum, dan memberanikan diri dlm berkata2 namun satu perkataan telah kita abaikan iaitu kita HAMBA.... Dlm berjuang dengan penuh semangat kadang2 kita lupa semangat itu ALLAH TAALA yg anugerahkan, Infaqlah harta dlm tahap maksimum dlm itu xmenyedari harta tersebut sebenarnya milik ALLAH TAALA, beraninya kita dlm berkata2 sehingga terlupa kelantangan itu satu nikmat dari nikmat2 ALLAH TAALA..maka ayuh kita sedarkan diri kita setiap pergerakan kita 100% dibawah kelulusan ALLAH TAALA moga2 dgn perasaan ini dpt melahirkan dlm diri kita bekerja tanpa rasa HEBAT kerana AKU AKU DAN AKU!!!

2-Daie yg berkualiti
Seorang daie yg berkualiti mestilah tampil dlm pelbagai aspek..dan aspek yg terpenting dlm beribu aspek tersebut Tidak lain dan tidak bukan ASPEK ILMU, daie yg berkualiti mestilah mempunyai semangat yg disusun oleh ilmu, daie yg berkualiti mestilah mempunyai sifat terbuka yg ditutup oleh ilmu dan akhir tapi bukan penghabisan daie yg berkualiti mestilah mempunyai kecaknaan yg dipelopori dengan ilmu..

3-Pejuang yg sejati
Pejuang andai berasa lemah siapa kah sumber kekuatannya?? Pejuang andai berasa gundah siapakah penenangnya?? Tentulah Allah , Rasul , bonda dan ayahanda tercinta serta sahabat2 perjuangan nya.. Pejuang yg sejati mestilah memenuhi nilai tadhiah,ukhwah,sihah, wala serta thiqah yg tinggi untuk menjadi satu ikatan guni untuk dibawa ke medan pertempuran, tanpa persiapan rapi seorang pejuang mudah untuk berundur dan mudah untuk tersungkur , tapi andai ini semua ditekankan tidak mustahil istilah "sejati" dapat digenggami oleh seorang pejuang...

Begitulah pesan dan taujihad yg diberi kepada ana sepanjang 20 jam bersama beliau , semoga kita disini dapat mengambil iktibar dan menjadi daya tekanan untuk kita terus membaiki diri kita ke arah yg lebih baek

"unzur ma kola wala tanzur man kola"

Wassalam alaikum ya zumala"i

Sunday, December 5, 2010

PERSOALAN MENGENAI "NASYID"??

salam para saudaraku dan para sahabatku,

http://www.youtube.com/watch?v=e_IRabypYJs
sangat hebat lirik dan kata2 dalam video nasyid (link) di atas...
nasyid???
peranan nasyid pada era globilisasi ini,sangat diperlukan kepada perjuangan ISLAM dengan selaput niat untuk benar2 berda'wah bukan hanya untuk mendapat populariti,dan sebagainya....
nasyid memberi impak yang amat besar jika penasyid memukakan nasyid dengan bahasa yang indah dan dengan lirik yang betul2 "taqrob" kepada ALLAH TAALA...
tapi agak malang sekarang apabila segelintir penasyid sendiri mengemukakan lagu yang agak melalaikan atau dalam erti kata lain "melarakan" dengan makna hanya bermuzikan nasyid tapi berlirikan "kekasih"..
"kekasih" ini jika dituju kepada ALLAH TAALA,atau SAIDINA MURSALLIN MUHAMMAD S.AW amat disetujui oleh penulis dan amat berbanggga,tetapi yang menyedihkan apabila "kekasih" sebelum ikatan yang shohih (belum berkahwin) yang dimaksudkan disini..sangat2 mengecewakan...ini boleh sahaja dianggap fitnah kepada AGAMA ISLAM yang mana telah mashur bahawa "berkasih2" ini ataupom "couple" memang diharamkan di dalam agama...apabila satu cabang daripada cabang-cabang da'wah ini dicemari dengan unsur2 sebegini,boleh sahaja memusnahkan dan menjadikan industri nasyid ini tidak lagi dikategorikan dalam cabang2 da'wah.Oleh yang demikian,tidak wajar bagi pihak yang sedar akan terjadinya pengkhianatan ini,tetapi hanya seperti "kera bisu" cuma mengia2kan sahaja apa yang dilakukan ini.Mungkin sahaja penasyid itu sendiri tidak faqih dalam syariat Islam,tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuh "membiarkan" saja pengkhianatan kepada cabang da'wah ini berlaku.HUHU mungkin sahaja ada yang mengatakan,mungkin "si penasyid" ingin menarik minat para pendengar dulu,bila para pendengar dah tertarik dengan nasyid barulah "si penasyid" membawakan satu nasyid "taqrob ila ALLAH",perlu diingat satu kaedah "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA" ,bayangkan sahaja apabila nasyid yang sememang dianggap seperti "ustaz" dalam masyarakat kita pada hari ini seperti menghalalkan benda yang haram ini amat2 membahayakan kepada AGAMA.AL-FAQIR menulis ini hanya dari pandangan seorang yang berilmu cetek dengan tujuan agar perkara ini dapat dibincangkan dengan para sahabat yang lebih tinggi ilmu AGAMANYA...apa lagi jika hendak dibincangkan mengenai penasyid bermain gitar?? macamane?? AL-FAQIR sememang mempunyai pandangan sendiri selepas bertanyakan kepada beberapa orang guru..tapi lebih enak jika perkara di atas dibincangkan dahulu..kepada yang ARIF marilah sama2 kongsi...maafkan jika ada yang tersilap..WALLAHUA'LAM...

Wednesday, July 14, 2010

ISRA' WAL MI'RAJ PERJALANAN PENUH KEAJAIBAN...

isra' wal mi'raj akan sentiasa berdetum2 dan sering sahaja disebut apabila masuk bulan rejab yang mana disebut dalam sebuah hadis yang mana bulan rejab adalah BULAN ALLAH S.W.T......ALHAMDULILLAH dapat juga kutemu bulan yang barakah ini yang mana bulan ini alim-ulama' akan berlatih bersiaga untuk berjumpa dengan bulan kita (ramadhan)...ALLAHUAKHBAR.....

perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil aqsa kemudian naik ke langit adalah satu perjalanan yang penuh keajaiban kepada manusia tetapi kepada PENCIPTA manusia tiada lah yang mustahil dan berat bagi NYA......ALLAH HUAKHBAR...SEMEMANGNYA cerita yang haq ini menggamit sebanyak mungkin kepada ummah ISLAM kepada yang mengambil iktibar,....
tapi harus kita luaskan bukan sahaja SOLAT yang boleh kita ambil iktibar dari peristiwa ini bahkan banyak lagi gambaran yang dibuka kepada SAIDINA RASULULLAH S.A.W... sama2 kita mengaji dan mencari pengajaran dan permata2 yang terdapat dalam kisah yang haq lagi suci dari kebatilan ini....

Wednesday, June 30, 2010

PERGI AKAN ULAMA'

salam,

pada waktu pagi 3.11 minit ini ana masih tidak boleh lenyapkan mata, entah laaa, tengah2 cuba untuk lelapkan, fikiran ana teringat akan beberapa ulama' besar yang telah meningglakan kita, sebulan lepas dari yaman ,setahun lepas dr fathi yakan, dan memang ramai lagi ulama' yang muktabar yang meningglakan kita, soalnya apa tugas kita? sementar masih ada ulama' di dunia ini?


tugas kita mestilah sama2 didukung oleh semua jiwa yang bernama ISLAM supaya menafaatkan mereka sebaik mungkin,ilmu yang mereka ade wajarlah bagi kita untuk melahirkan rasa kebuluran dan dahaga akan ilmu.....itulah tugas kita....tapi berapa ramaikah manusia dan jiwa yang bergelar ISLAM menghormati dan mencintai ulama'? lebih ramai menyanjung artis yang kebanyakan mereka berada dalam keadaan fasik oleh berapa2 asbab sedangkan ulama' disayangi oleh PENCIPTA MANUSIA sendiri...ALLAHUAKHBAR.....tetapi kini ada golongan yang mengaku diri mereka ulama' walhal ilmu yang dipelajari entah berapa kerat saja..ana pernah dengar seorang ustaz sedang mengajar beliau mengatakan ALAMAT BAGI ULAMA' ADALAH TAKUT BAGI ALLAH S.W.T....itulah ulama'...bagi ana 40 ulama' yang digembar gemburkan oleh pihak media dan dicanang sehingga berminggu2 di televisyen emmm tidak patut diberi istilah "ulama" kerana mereka bukan saja tidak mahu aktif dan membela JEMAAH ISLAM tapi menyokong dan secara langsung mendokong pertubuhan yang berlandaskan fahaman sekular....SUBAHANALLAH...apa dah jadi pada dunia sekarang ulama' yang haq dan benar ditindas dan ulama' yang kadang2 boleh menjadi ALAMAK?????? dipuja.....memang menghairankan...tetapi rupa2 nya ada pak pandir di sebalik cerita ini yang menjadi bahan tawa kerana sebenarnnya yang tertipu oleh pemimpin yang x bertanggungjawab ini , tidak pernah mengisi borang memasuki pertubuhan, tidak pernah memikirkan ingin memasuki pertubuhan tapi terus mendapat layanan terbaik dari "TUAN RUMAH" sedang kan "MASUK RUMAH POM BELUM" kihkih2....kelakar ...saudara2 boleh lihat http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/06/umno-tipujatuh-reputasi-ulama-muda.html DI SITULAH KESAHIHAN SEBENARNYA...

sekarang pecah lah tembelang ....
dah terdesak sangat ker????
sampai kena perangkap2 orang nih??
kesian2....

wallahua'lam

Sunday, June 27, 2010

ALHAMDULILLAH LESEN JUDI BOLA TIDAK AKAN DIBERI


SALAM..

dalam post yang lepas ana telah menegaskan pemberian lesen judi bukanlah satu inisiatif yang baik untuk memantau kegiatan judi ini....ini bukanlah satu inisiatif yang baik kerana benda maksiat tidak boleh dilunturkan dengan maksiat sama sekali....inilah prinsip yang harus dipegang ,apa lagi yang harus kita pegang jika bukan AGAMA yang menjadi pegangan,UMNGOT sepatutnya tidak memilih jalan yang keluar dari hukum hakam ISLAM jika mahu segala aktiviti atau perancangan yang dibuat selamat untuk "daraini" iaitu dunia dan akhirat...

tapi ALHAMDULILLAH tetap ana syukuri kerana tidak sampai 3 jam dari post "BOLA OK,JUDI KO" ana mendapat khabar yang agak menggembirakan walaupun masih lagi dalam keadaan waham....ana langsung tidak yakin dengan khabar yang sangat ingin ana dengari kerana khabar itu hanya singgah seperti sepoi2 angin di pantai...selepas di telusuri dan diperhati akan blog2 pimpinan..SEGALA PUJI BAGI ALLAH S.W.T , satu2 nya yang dapat membalik2kan hati manusia,pemakluman lesen judi tidak akan dikeluarkan,diutuskan dan dihighlight dalam pukul 11.00 malam di malaysiakini dan ini cukup membahagiakan dan melegakan perasaan ana dan ana pasti seluruh umat ISLAM mensyukuri bagi keputusan ini, bagi ORANG BACHOK ana tidak tahulah,mungkin berduka lara atau bagaimana...

berita itu ditaukidkan lagi dengan pengumuman PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO NAJIB TUN RAZAK bahawa pembatalan ini mengambil kira soal agama , politik dan rakyat....terlintas di hati ana kenapa lambat sangat persoalan agama ingin "dikira" oleh menteri2 malaysia ini...sehinggakan lebih kurang seminggu saja lagi perhimpunan membantah lesen judi ini akan dilakukan barulah keputusan ini disepakati (3 JULAI)...walaupun telah lama perkara ini dibantah oleh masyarakat hatta BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA ABDULLAH AHMAD BADAWI sendiri..seperti yang telah ana publish kan sebelum ini, dan ini adalah fakta....kenapa tidak dihiraukan??? sila rujuk
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/06/senarai-mereka-yang-membantah-judi.html
untuk kepastian antum..

berlainan pula sikap BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA DR MAHATHIR ...tetapi ini telah pom diperkotak katikkan oleh pimpinan kita... USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI menjawab semua ini di dalam blog beliau
sila klik http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/06/dr-mahathir-kepala-judi-negara.html inilah sebenarnya dan yang haq....
tapi ana tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan malaysia kerana telah mengambil keputusan yang bijak walaupum agak lambat....diharap pimpinan akan membuat keputusan dengan sebaiknya dan lebih cepat dan efektif pada masa akan datang...

ana menyeru kita sama2 teruskan berdoa kepada ALLAH S.W.T agar segala perancangan atau perbuatan yang melanggar hukum hakam SYARIAT ISLAM agar terhenti dan diubah dengan secepat2nya agar mendapat REDHA NYA yang hakiki..
wallahua'lam

Friday, June 25, 2010

BOLA OK, JUDI KO.....



salam , berdasarkan tajuk yang ana post tuh...mesti semua fikir...emmm nak masuk politik dah ker??? sekarang bukan masalah politik atau tidak berpolitik sekarang masalah agama,ape lagi AGAMA DAN POLITIK xboleh diasingkan..justeru tuh xyah bising2 lah budak2 (ana dah dewasa hu4) xpayah duk sibuk main politik..nakal dan menampakkan diri xberapa betul..kui2.....

ana pernah terfikir sorang2 macamane kerajaan nak pantau judi nih ye,susah jugak nih? kemudian datang lah kabar2 kerajaan nak bagi lesen sebab nak memudahkan pantauan...ana bila dengar tue rase ganjil sangat,dan buat xambil kisah jer...tapi selepas dihighlightkan semula,sememang nye UMNO nih sedang menunjukkan xtvt "senario" diorang....memang melucukan....pernah satu ketika ana pergi satu ceramah seorang penceramah tuh cakap...."UMNO nih memang pelik dan memelikkan,bila dah xtau nak kawal judi macamane bukan nye nak kian gahkan hukuman ke ape ,tapi pergi bagi lesen pulak....ini satu benda yang ajaib...ha3...kita tunggu lah dalam setahun dua lagi keluar lah pulak lesen zina, sebab dah xleh nak pantau jadi nak mudahkan pantauan,bagi lah lesen,pastu ada lah pula lesen mencuri ,tue pom untuk mudah pantauan kah3..." kelakar bukan.... emmm memang pelik...dalam hukum ISLAM bagi lesen tuh dah xleh dah...tuh lah hukum tapi masalah sekarang UMNO dah xkira hukum hakam dah....apesal lah ye....lagipom dalam blog yb idham lim jom kita baca http://idhamlim.blogspot.com/2010/06/judi-bawa-kecelakaan-sami.html
sami pom tolak....tapi yang beri nyah yang dalam ic tertera ISLAM haiii ape kes lah....dalam kes judi nih bukan setakat pimpinan pembangkang saje yang membangkang keputusan UMNO nih tapi bekas PERDANA MENTERI pom bantah...sila rujuk.. http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/06/senarai-mereka-yang-membantah-judi.html

pastuh siapa lagi yang hendak membantah...rakyat pom xnak dengar,mantan pimpinan xnak dengar, orang bawahan pom xnak dengar....ni lah yang menjadi masalah dalam UMNO...xpernah ader rase nak dengar buah pihak lain....asalkan benda tuh berwang it's ok.....emmm.....
sedarlah sikit...rakyat yang mengangkat anda jadi anda sepatutnya menghormati apa yang rakyat inginkan...dalam berita xhabis2 cerita pasal individu yang ditangkap sebab judi...ade satu kes tuh...bila polis cuba nak tangkap dia mengunci pintu dan menyorokkan diri, rupa2 nya dia bukan takutkan polis tapi takutkan ALONG yang dipinjam hampir RM16 000 untuk berjudi...jadi xnampak lagi ker UMNGOT??

sama2 lah kita berdoa agar pemberian lesen judi ini tidak berlaku....
dan berdoa kepada mereka yang menolak hukum hakam agama supaya balik lah ke hukum hakam PENCIPTA MEREKA.....wallahu'alam

Thursday, June 24, 2010

TERASA INGIN SAHABAT KEMBALI


salam kepada rakan2 sahabat dan saudara....

mlm ini ana ingin mencoret akan sedikit kerinduan akan kemanisan berukhwah di bumi maahadi dahulu,emmm sangat rindu dan sangat pilu.....
kalau dikenang2 kan kembali terasa saje ingin panggil semua sahabat-sahabat yang sekian lama menjalinkan tali persahabatan,tetapi apa kan daya masa pantas berlalu dan dengan hakisan masa inilah mengheret kita ke dunia dewasa,seakan2 tidak percaya sekarang sudah ingin melangkah ke alam institut pengajian tinggi terasa bagai semalam saja berjumpa...emmm begitulah sayu sangat hati ,terasa rindukan manisnya sewaktu bermusyawarah,terasa enak apabila terkenang waktu perselisihan faham ,tetapi kita tetap bersama.......walau pom masing2 telah membawa diri tetapi masing2 ada membawa memori yang INSYALLAH tidak akan terhakis oleh ombak masa,tidak akan pergi diheret tempat dan tidak akan terbang dibawa awan...terasa ingin saje menelefon mereka setiap hari,tetapi ini lah adat kehidupan ..xberdaya kita insan yang faqir ingin melawan atau mengubah sunnatuLLAH.....DIALAH YANG MAHA KUASA DAN AGUNG......tiap kali mendengar nasyid2 yang sering didengari bersama terasa amat dekat antara kami,adakah sememang hati kami saling terpaut....alangkah rindu ketika bersama walau ketika bersama tidak terasa apee2 yang istimewa tetapi inilah yang dikatakan ukhwah yang ingin disentuh xterasa,ingin dipegang xtergenggam.......mase remaja memang sangat2 istimewa bagaikan ade 1001 kenangan disane,walau hanye 3 atau 4 yg boleh diluah ana pasti terselit dalam diri 2002 macam lagi yang masih tersimpan....itulah REMAJA.....kehidupan si peringkat "menengah"sememang sangat dirindui ape lagi bersama rakan2 seperjuangan...sangat merindukan teguran,nasihat,dan pekikan.....sahabat sememangnya indah.....tapi ada lagi yang lebih indah jika kita dekat selangkah 10 DIA mendekati jika satu kali kita menyebut 10 kali DIA hampiri... ALLAHUAKHBAR...ini lah cinta yang tidak sepatut nya hilang,sahabat sememangnya seorang yang sangat memahami diri dan menceriakan peribadi...tapi ALLAH TAALA tidak akan pernah menghentikan rahmatNYA yang sangat luas untuk kita....SUBAHANALLAH...


cinta kepada makhluk akan pergi,
cinta kepada ROB akan kekal abadi...