Sunday, June 27, 2010

ALHAMDULILLAH LESEN JUDI BOLA TIDAK AKAN DIBERI


SALAM..

dalam post yang lepas ana telah menegaskan pemberian lesen judi bukanlah satu inisiatif yang baik untuk memantau kegiatan judi ini....ini bukanlah satu inisiatif yang baik kerana benda maksiat tidak boleh dilunturkan dengan maksiat sama sekali....inilah prinsip yang harus dipegang ,apa lagi yang harus kita pegang jika bukan AGAMA yang menjadi pegangan,UMNGOT sepatutnya tidak memilih jalan yang keluar dari hukum hakam ISLAM jika mahu segala aktiviti atau perancangan yang dibuat selamat untuk "daraini" iaitu dunia dan akhirat...

tapi ALHAMDULILLAH tetap ana syukuri kerana tidak sampai 3 jam dari post "BOLA OK,JUDI KO" ana mendapat khabar yang agak menggembirakan walaupun masih lagi dalam keadaan waham....ana langsung tidak yakin dengan khabar yang sangat ingin ana dengari kerana khabar itu hanya singgah seperti sepoi2 angin di pantai...selepas di telusuri dan diperhati akan blog2 pimpinan..SEGALA PUJI BAGI ALLAH S.W.T , satu2 nya yang dapat membalik2kan hati manusia,pemakluman lesen judi tidak akan dikeluarkan,diutuskan dan dihighlight dalam pukul 11.00 malam di malaysiakini dan ini cukup membahagiakan dan melegakan perasaan ana dan ana pasti seluruh umat ISLAM mensyukuri bagi keputusan ini, bagi ORANG BACHOK ana tidak tahulah,mungkin berduka lara atau bagaimana...

berita itu ditaukidkan lagi dengan pengumuman PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO NAJIB TUN RAZAK bahawa pembatalan ini mengambil kira soal agama , politik dan rakyat....terlintas di hati ana kenapa lambat sangat persoalan agama ingin "dikira" oleh menteri2 malaysia ini...sehinggakan lebih kurang seminggu saja lagi perhimpunan membantah lesen judi ini akan dilakukan barulah keputusan ini disepakati (3 JULAI)...walaupun telah lama perkara ini dibantah oleh masyarakat hatta BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA ABDULLAH AHMAD BADAWI sendiri..seperti yang telah ana publish kan sebelum ini, dan ini adalah fakta....kenapa tidak dihiraukan??? sila rujuk
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2010/06/senarai-mereka-yang-membantah-judi.html
untuk kepastian antum..

berlainan pula sikap BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA DR MAHATHIR ...tetapi ini telah pom diperkotak katikkan oleh pimpinan kita... USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI menjawab semua ini di dalam blog beliau
sila klik http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/06/dr-mahathir-kepala-judi-negara.html inilah sebenarnya dan yang haq....
tapi ana tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan malaysia kerana telah mengambil keputusan yang bijak walaupum agak lambat....diharap pimpinan akan membuat keputusan dengan sebaiknya dan lebih cepat dan efektif pada masa akan datang...

ana menyeru kita sama2 teruskan berdoa kepada ALLAH S.W.T agar segala perancangan atau perbuatan yang melanggar hukum hakam SYARIAT ISLAM agar terhenti dan diubah dengan secepat2nya agar mendapat REDHA NYA yang hakiki..
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment